Nisfu Syaaban
Tuesday, August 04, 2009 Edit This 0 Comments »Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah bulan syaaban
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu
siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malm lailatulqadar. saiyyidina aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nbi saw tidak tidur pad mlam itu sebagimn yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam tersebut dn bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, ku mencuit ibu jari kaki baginda saw dan ianya bergerak.
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
‘Ya Allah, aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan dturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Kamu memuji diriMu sendiri’
setelah baginda saw selesai sembahyang, baginda berkata kepada saiyidatina Aisyah r.a
Azzawajalla telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rhmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki’
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini utk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari Nisfu Syaaban adalh hari di mana buku catatan amal kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. catatan pertama yang akan ditulis pada buku catatn yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib [15 syaaban bermula pada 14 syaaban iaitu sebaik saja masuk maghrib]
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, ahad malam),
Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & Surah AlIkhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
(15 Sya’aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama :
mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua :
mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga :
mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
kemudian baca istighfar 11x dan selawat 11x. Baca doa Nisfu Syaaban [ada terdapat dalam Yasin Majmuk]
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’ban maka Allah
haramkan Tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman
kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As,
Sabda Nabi Muhammad (saw):
pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka Aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki &
perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang
berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke
langit sekiranya kita derhaka/ berdosa dengan ibu bapa kita..
Wallahua’alam
0 comments:
Post a Comment