Thursday, July 23, 2009
Edit This
Yang Abadi
by Mestica
Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Thursday, July 23, 2009
Edit This
Destinasi Cinta
by Mestica
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Thursday, July 23, 2009
Edit This
Setelah hampir dua tahun berlalu, pelbagai suka duka kehidupan telahpun dilalui. Alhamdulillah... Bersyukur sungguh diri ini ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dipanjang usia, di permudahkan urusan. Mungkin perkara yang berlalu harus tinggal dan biar ia hilang. Tapi setulus hati masih mengingatkan segala-galanya. Tatkala seorang insan mendapat cahaya dariNya, saat itu telah hadir dirinya. Namun, mengapakah, jalan ini yang terjadi. Sememangnya hidup manusia ini di tanganNya. Mungkin persoalan itu sebenarnya tidak perlu wujud didalam pemikiran.
Tuesday, July 21, 2009
Edit This
Syukur ke hadrat Ilahi kerana urusan saya dipermudahkan. Alhamdulillah...